Terang Dengan Jelas Kepentingan Politik Kepada Pengundi 18

 


Oleh : RR

KUALA TERENGGANU - Semua jentera pengundi muda mesti menerangkan dengan jelas tentang kepentingan politik dan kewajipan mengundi terutama kepada pengundi muda berumur 18 tahun.

Ketua Ameerah kawasan Kuala Terengganu Norul Suhadah Ab Wahab berkata, kebanyakan golongan mereka masih cetek ilmu tentang dunia politik.

"Kami menyantuni dengan menziarahi mengundi muda dan melalui media sosial terutamanya. 

"Tugas kita sebagai petugas memperkasakan golongan anak muda amat penting kerana golongan ini yang diharapkan menjadi agen memainkan peranan aktif dalam mengangkat masalah masyarakat dan mempertahankan hak manusia," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam himpunan Ameerah di Markaz Tarbiyah Wakaf Mempelam, pada Khamis, 13 Oktober yang lalu.

Menurutnya, jentera pengundi muda perlu perbetulkan niat, istiqamah, taat dan wala kepada kepimpinan.

"Kita sebagai jentera apa keputusan yang dibuat  oleh pimpinan kita kena ikut. 

"Apa jua cadangan kita walaupun kita rasa cadangan kita bagus tapi keputusan kepimpinan penting bagi kita semua," ujar beliau.

Justeru itu, semua jentera pengundi muda mesti bertanggungjawab memastikan kelangsungan perjuangan bagi menegakkan agama Allah swt.

"10 muhasabah yang perlu  muslimat muda yang istiqamah capai kemenangan

"Kita perlu beriman kepada Allah, beriman dengan sepenuh kepercayaan pada rukun Islam, kuat beribadah, jujur, benar dan amanah serta sabar.

"Merendahkan diri, bersedekah, berpuasa, pelihara kehormatan dan berzikir," katanya.


Beliau menambah, semoga diberi kekuatan dan menjadi wanita muda yang istiqamah.


"Kita tiada dah nak bergantung pada sesiapa dan kita bergantung pada Allah 

"Semoga kemenangan berpihak kepada PAS di Terengganu," tambah Syuhadah lagi.

Ulasan