KUALA NERUS - PAS membantah Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat bagi memberi fokus kepada soal kebajikan rakyat yang baru bangkit daripada musibah.
Ketua Muslimat PAS Terengganu, To' Puan Hajah Zarani Othman menjelaskan rakyat yang sangat terkesan dengan ekonomi setelah dua tahun berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sedang berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
"Tambahan lagi kebiasaannya hujung tahun Terengganu, Kelantan dan Pahang mengalami musim tengkujuh yang menyebabkan hujan lebat dan seterusnya banjir melanda,
" Sekarang ni pun kita tengok macamana beberapa negeri di Pantai barat sedang dilanda banjir, ini sudah tentu menyusahkan rakyat untuk keluar mengundi, "ujarnya lagi
To' Puan Zarani berkata demikian ketika berucap di Munajat Perdana Muslimat PAS Terengganu di Masjid Al Ikhlas, Banggol Tuan Muda di sini pada 7 Oktober lalu.
Menurutnya, Muslimat akan terus bermunajat dan berdoa kerana bila berlakunya PRU15 adalah mengikut kehendak Allah.
"Marilah kita menjadi Ansarullah(penolong agama Allah) yang sentiasa bekerja untuk memenangkan agama Allah dengan sentiasa tidak putus hubungan kita dengan Allah Taala," ujarnya.
Ulasan