Türkiye Hantar Tentera Ke Qatar Untuk Keselamatan Piala Dunia


Parlimen Turki pada Rabu meluluskan usul menghantar tentera ke Qatar untuk memberikan bantuan keselamatan semasa Piala Dunia FIFA 2022.

“Atas permintaan Qatar, satu usul telah dikemukakan kepada parlimen pada hari Sabtu untuk menempatkan tentera di negara itu selama enam bulan bagi menyediakan kawalan keselamatan semasa kejohanan bola sepak pada November,” kata parlimen dalam satu kenyataan.

Operasi itu bertujuan untuk "mengambil langkah yang perlu terhadap pelbagai ancaman, terutamanya keganasan, yang boleh menjejaskan keselamatan acara itu," tambahnya.

Selain Türkiye, Amerika Syarikat, Perancis, Britain, Itali dan Pakistan juga akan memberikan bantuan keselamatan semasa Piala Dunia di Qatar, menurut laporan media Turki.

Laporan itu menyebut Qatar menghadapi kekurangan anggota keselamatan kerana ia bersiap sedia untuk kejohanan bola sepak FIFA selama sebulan.


Ulasan