Umat Islam Perlu Yakin Kepada Siasah


MARANG - Umat Islam wajib yakin, politik atau 'siasah' adalah sebahagian daripada ajaran Islam. 

Bendahari PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Noor Hamzah berkata, pemilihan kepimpinan yang baik adalah sangat dituntut dalam agama. 

"pentingnya politik ini sehingga pada hari kewafatan Rasulullah, para sahabat sanggup meninggalkan jenazah nabi yang mulia, 

"semata-mata kerana nak berbincang dan memilih siapa yang akan menjadi pengganti baginda," jelasnya. 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan,  Dakwah dan Penerangan negeri berkata demikian pada majlis Pelancaran Markas Besar Pilihanraya, di sini kelmarin. 


Turut hadir dan berucap pada Majlis itu ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, YB Ariffin Deraman. 

Kata beliau, insya-Allah PAS akan mengulangi kejayaan cemerlang di Parlimen Marang, sebagaimana pada PRU-14 lalu. 

"pada PRU lepas PAS mendapat sebanyak 21 ribu majoriti. Dengan undian di parlimen Marang pada calon kita sebanyak 53, 749 undi yang menewaskan BN dan PH." ujarnya. 

Majlis tersebut dihadiri ribuan anggota PAS, jentera peringkat Unit Daerah Mengundi (UDM), Cawangan, DUN dan Kawasan

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, undi sangat penting untuk menegakkan kebenaran. 

"Kerana sebab dia tak mengundi, kalah kebenaran, menang kebatilan, berjaga-jagalah, 

"mesti ada kerajaan yang kuat, yang mampu melindungi serangan pemikiran," tegasnya. 

Ulasan