2000 Hadir Penamaan Calon Kuala Nerus


KUALA NERUS - Hampir 2,000 orang penyokong PAS Kuala Nerus mengiringi Calon Perikatan Nasional Parlimen Kuala Nerus , YB Dr Haji Alias bin Razak ke Pusat Penamaan Calon di Bandar Al-Watiqubillah Shah, Kuala Nerus.

Seawal 7 pagi , para penyokong sudah mula berkumpul menunggu ketibaan calon untuk sama-sama berarak untuk menunjukkan sokongan padu kepada calon.

ADUN Buluh Gading, YB Ustaz Ridzuan Hashim berkata , calon yang dikemukan oleh PAS telah terbukti kecemerlangan khidmat beliau sebelum ini.

"Saya menyeru seluruh rakyat Kuala Nerus untuk menyokong calon yang dikemukakan oleh PAS kerana sudah terbukti beliau mampu menggalas tugas sebagai wakil rakyat dan juga sebagai exco kerajaan sebelum ini" ujarnya


Tepat jam 10:30 , semua cabutan undi telah selesai dibuat dan menjadikan 4 orang calon akan mewakili kerusi masing-masing.

Calon yang bertanding ialag Dato' Dr Haji Alias bin Razak mewakili Parti Islam Se Malaysia (PAS) , Ustaz Dato' Dr Khairuddin Takiri mewakili Barisan Nasional (BN), Azaha mewakili Parti Perjuang Tanah Air (PEJUANG) dan Dato' Seri Suhaimi Hashim mewakili Pakatan Harapan (PH).

PRU 15 bagi Parlimen Kuala Nerus dilihat sedikit berbeza suasanya apabila parti UMNO yang diwakili oleh Khairuddin Takiri yang merupakan bekas Ahli Parlimen dibawah tiket PAS sebelum ini menjadi perhatian lebih-lebih lagi kepada penyokong PAS yang pernah mengundi beliau sebelum ini.

Ulasan