500 Muslimat Turut Berarak


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Seramai 500 orang muslimat PAS kawasan Kuala Terengganu berhimpun awal pagi untuk berarak memberikan sokongan tidak 'berbelah bagi' mengiringi calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim

Pengarah Jentera Pilihan Raya Muslimat PAS Kawasan itu, Nafisah Muda berkata, walaupun dalam keadaan hujan renyai tak mematahkan semangat mereka untuk terus bersama dalam perhimpunan ini.

“Apa yang kita harapkan dengan kehadiran kita di sini  untuk masyarakat lebih memahami dengan tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk menegakkan negeri kita  khususnya dalam Malaysia supaya negara kita lebih stabil dan bersih.

“Mudah-mudahan masyarakat faham  bahawa tugas adalah untuk semua masyarakat yang ada di negeri  ini dan negara kita,” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak penamaan calon di perkarangan Stadium Tertutup, Kuala Terengganu, semalam.

Justeru itu, beliau berharap semua pengundi sama ada tinggal di Terengganu ataupun luar negeri agar sama-sama menunaikan tanggunggjawab mengundi untuk menegakkan sebuah negara Islam yang diberkati Allah swt.

“Apa yang  kita perjuangkan dengan parti PAS yang telah kita fahami dan maklumi segala apa yang dijanjikan dalam 20 manifesto dulu telah dilaksanakan.

“Sekiranya kita berjaya di peringkat parlimen, insya Allah kita akan teruskan dengan agenda yang  telah dirangka oleh pimpinan kita,” tambah beliau.



Ulasan