DUNGUN - Mantan Ahli Jawatankuasa(AJK) Wanita Umno Terengganu menyertai PAS kerana tidak sanggup melanggar janji yang dimeterai dalam Piagam Muafakat Nasional(MN) antara dua parti terbesar orang Melayu Islam itu.
Zainab Mohd Amin yang lebih suka membahasakan dirinya dengan panggilan 'Mok Su', 63 menyifatkan janji tersebut sebagai 'bai' ah' yang tidak boleh dipermain-mainkan.
"Mak Su ingat lagi masa Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC, Presiden Umno, Datuk Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang saling berpegangan tangan,
"diikuti oleh kami semua juga saling berpegangan dan mengangkat tangan tidak kira Umno atau PAS sambil melaungkan syahadah sebanyak tujuh kali,
Mak Su anggap itu janji setia berjanji dengan Allah untuk setia dalam perjuangan umat Islam," ujarnya penuh keyakinan dan sebak mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada 14 September 2019 itu.
Beliau antara yang mewakili lebih 20 orang bekas ahli Umno DUN Paka ditemui di Majlis Penyerahan Borang Ahli PAS kepada Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang diadakan Batu Tujuh di sini semalam.
AJK Wanita Umno Dungun selama tiga penggal itu, turut kagum dengan jiwa besar pemimpin - pemimpin PAS ketika Pilihan Raya Kecil(PRK) yang disertai sepanjang bersama MN.
"Setiap PRK samada PRK Tanjung Pia, Cameron Highlands dan banyak lagi, semua kerusi ditandingi oleh Barisan Nasional, orang PAS tak banyak soal bekerja tulus ikhlas untuk menangkan calon kita,
"Tapi bila doh rasa kua sikit, lupa diri pemimpin - pemimpin Umno, lupa doh janji-janji untuk penyatuan Ummah," ujarnya penuh kecewa.
Tambahan pula dengan pemerintahan PAS Terengganu dengan slogan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diterapkan kepada ahli PAS tidak membezakan pegangan politik rakyat.
" Ketua Muslimat tempat Mok Su kabor ke Mok Su sekarang ni sudah tidak ada surau biru, surau hijau, semua sama je," katanya yang juga pernah dilantik sebagai Penyelaras Wanita Umno DUN Paka.
Bagi Kamal Noradin, 68 berkata PAS ini memang pilihan terbaik, bersih dan berintegriti tetapi disebabkan ada individu - individu yang berperangai buruk menyebabkan parti Islam itu turut terpalit.
"Semasa saya bersama-sama Umno, saya dapati banyak dana - dana untuk rakyat tetapi tidak sampai kepada rakyat sepenuhnya, saya yang menyertai Umno sebelum ini adalah kerana mahu menyalurkan dana-dana itu kepada orang yang sepatutnya dapat, tapi tidak berjaya, "ujarnya.
Sementara itu Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli melahirkan kesyukuran diatas kesediaan mereka untuk bersama di dalam perjuangan dengan PAS dalam Perikatan Nasional.
" Daripada apa yang telah kita lihat perjalanan dimana usaha - usaha yang diambil berkat hasil dari penyatuan ummah di kalangan orang-orang Melayu, bumiputera dan juga non-Muslim maka terbentuklah Perikatan Nasional,
" Semoga penyertaan mereka menyemarakkan lagi usaha - usaha untuk memastikan samada Negeri dan Negera kita dapat ditadbir dengan baik berasaskan keyakinan dan kepercayaan daripada rakyat untuk Perikatan Nasional," ujarnya yang juga Calon P039 Dungun.
Ulasan