Bersama Membentuk Sebuah Negara Yang Bersih Dan Stabil


Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN - Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang bersih dan stabil bagi menjaminkan kesejahteraan negara dan menjaga keperluan rakyat yang berbilang kaum dan etenik.

Calon P040 Kemaman daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), Ustaz Che Alias Hamid yang mewakili Perikatan Nasional berkata orang Islam perlu bersama dalam membangun negara yang dicintai ini.

"Walau apa pun kedudukan kita, kita perlu bersama dan bersatu diatas wadah perjuangan yang sama bagi memastikan keadilan dan kebajikan kepada semua rakyat terjamin dengan tidak mendiskriminasikan mana mana pihak, bangsa maupun agama. 

"Inilah yang kita perlu tekankan kepada semua agar difahami oleh masyarakat dan inilah hasrat yang dibawa oleh PAS bagi mewujudkan sebuah negara yang stabil. 

"Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah," ucapnya.

Che Alias berucap pada ceramah penerangan sempena kempen pilihanraya umum ke 15 di Pos Perikatan Nasional di Sungai Ibok, Bandar Baru Seri Bandi pada 11 November.

"Oleh itu marilah kita pastikan semua ahli keluarga kita yang berada di luar Kemaman agar turun mengundi pada 19 haribulan ini dan memangkah parti PAS pada kotak yang kedua bagi membentuk sebuah negara yang bersih dan stabil," katanya. 

Turut hadir pada ceramah penerangan itu ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Hanafiah Mat, Naib Yang Dipertua, Ustaz Haji Hazri Jusoh dan Ketua Armada BERSATU Terengganu, Saudara Aziman Hadi.

Ulasan