MARANG - Pengerusi Bersatu Negeri Terengganu, Senator' Dato' Razali Idris memuji kesungguhan Presiden PAS untuk menyatukan parti teras Melayu.
"Tuan guru berusaha sungguh-sungguh kita kadang-kadang pelik, namun hasratnya adalah untuk memastikan tidak bertembung tiga penjuru yang akan memberi keuntungan kepada Pakatan Harapan (PH).
"Kerana pada bacaan jika bertembung tiga penjuru PH akan kembali menawan Putrajaya, akhirnya Umno buat keputusan suruh ceraikan Bersatu dengan memberi amaran.
"Akhirnya kerjasama diantara PAS dan Bersatu tetap juga diteruskan, " ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional Peringkat Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila, semalam.
Ujarnya, Bersatu Terengganu akan bekerja kuat bagi membantu memenangkan Calon Perikatan Nasional di negeri ini walaupun jumlahnya tidak ramai.
"Bersatu sedar kita saiz S, kerana itu kita terima apa sahaja walaupun hanya diputuskan satu kerusi di Hulu Terengganu.
"Namun kita boleh bantu calon-calon yang lain supaya tambah majoriti. Jentera di markas kena kuat, selepas pengumuman calon ini balik ke tempat masing-masing jumpa semua pengundi dan pastikan mereka mengundi PAS," ujarnya.
Ulasan