Bijak Pilih Pemimpin Berwibawa


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Para pengundi perlu bijak membuat pemimpin yang berwibawa dan tiada rekod buruk serta  membuat pilihan terbaik pada Pilihan Raya Umum (PRU)-15 nanti demi masa depan negara dan generasi akan datang.

Ketua dewan Pemuda PAS kuala Terengganu, Ahmad Asyraf Annawawi bin Mohd berkata, PAS antara parti yang sangat bersih dan stabil dari segi pemerintahan.

“Mesej  kita nak bawa sempena PRU ke -15 peringkat PAS tak kiralah di mana-mana parlimen  dengan menengahkan satu moto iaitu Bersih dan Stabil (BEST).  Bersih dari segi pentadbiran yang dibawa oleh untuk dijadikan sebagai pemerintah nanti jika diberi kuasa untuk memerintah kita nak jadikan bersih dari segi apa sahaja yang melibatkan salah laku pentadbiran.

“Tak kiralah rasuah apa sahajalah dan juga stabil pemerintahan yang akan  diterapkan nanti jika  diberi kuasa untuk kita stabilkan keadaan masyarakat, kita sama ratakan semua apa sahaja yang melibatkan dari segi kebajikan, tak kiralah apa sahaja melibatkan semua rakyat Malaysia, tak kira apa jua kaum, bangsa  atau mana-mana parti yang ada,” jelasnya.


Beliau yang juga Ketua Hari Penamaan Calon berkata demikian ketika ditemui di tapak penamaan calon di perkarangan Stadium Tertutup, Kuala Terengganu, pada semalam.

Menurutnya, seramai 2200 orang penyokong PAS seawal 7.30 pagi berkumpul di Masjid Tengku Nik Haji, Batu Buruk untuk mengiringi calon PAS ke tempat penamaan calon.

Justeru itu, beliau menyeru kepada semua masyarakat dan pengundi di Kuala Terengganu terutama anak-anak muda membuat pilihan yang terbaik  dalam memilih pemimpin.

“Kita tahu anak muda paling ramai  untuk PRU kali ini untuk boleh memberikan keputusan yang bijak dalam memangkah undi pada hari 19 November untuk memilih parti yang cukup bersih  dan parti yang tidak  ada rekod buruk sepanjang bertanding PRU ataupun diberi kuasa pemerintahan.

“Dengan apa yang dilaksanakan oleh PAS selama ini kita yakin ini menjadi pilihan kepada  semua orang untuk mentadbir negeri dan negara dalam parlimen,” tambah beliau.

Ulasan