KUALA NERUS - Calon Perikatan Nasional (PN) Terengganu Parlimen Kuala Nerus , Dr Alias Razak menegaskan, Umno tidak berani untuk menawarkan kerajaan yang bersih kerana ramai pemimpin dalam kalangan parti tersebut terpalit dengan rasuah.
"BN hari ini ingin kononnya menawarkan sebuah kerajaan yang makmur, tapi sebenarnya mereka tidak berani kerana pemimpin-pemimpin mereka terlibat dengan rasuah,
"termasuk bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang sekarang dimasukkan ke penjara atas penyalahgunaan wang rakyat" kata beliau.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata demikian dalam ucapannya pada Program Hi-Tea bersama Muslimat Buluh Gading semalam.
Tambah beliau, terdapat dalam kalangan pemimpin mereka yang berhasrat agar digugurkan kes salah laku di mahkamah seandainya mereka berkuasa selepas PRU 15 nanti.
"Presiden Umno dah kata, kalau BN menang nanti, dia akan jadi Perdana Menteri dan akan gugurkan kes mahkamah yang melibatkan dirinya iaitu sebanyak 87 kes dan selamatkan diri dari hukuman penjara, " ujarnya.
Dalam masa yang sama, Dr Alias yang juga Exco Kerajaan Negeri mengajak orang ramai untuk mengundi PAS dan PN untuk sebuah kerajaan stabil dan bersih.
Menurutnya, tiga bua kerajaan diterajui PAS adalah bukti yang jelas harmoni dan tiada pemimpin yang terlibat dengan rasuah.
Turut hadir, isteri calon, Toh Puan Fatimah binti Omar, ADUN Buluh Gading, YB Ustaz Ridzuan Hashim bersama isteri, dan Timbalan MTD , Tuan Chick bin Tuan Muda dan
Ulasan