Calon-calon PAS Bersih dan Stabil


PAS dengan bangganya menampilkan seramai lapan orang calon ahli Parlimen bagi PRU kali ini. Dengan latar belakang yang sungguh memberangsangkan, mereka inilah harapan rakyat bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Terengganu khusunya dan Malaysia amnya. Rakyat mahukan wakil yang bersih, PAS sediakan calon yang tiada rekod rasuah atau salahlaku. Rakyat mendambakan wakil yang boleh menstabilkan negara, calon-calon PAS malah telah membuktikannya.


P033: Besut

Datuk Muhammad Che Zulkifli Jusoh


Beliau adalah mantan Ahli Parlimen Setiu yang telah berkhidmat selama sepenggal mewakili BN pada tahun 2013-2018. Beliau kemudiannya pada sekitar tahun 2018 telah menyertai PAS setelah melihat keupayaan PAS mentadbir negeri dan kepercayaan kepada asas perjuangan PAS iaitu Islam.


Beliau yang berkelulusan sarjana muda Undang-Undang pernah menjadi Hakim Mahkamah Seksyen Jenayah Komersial, Pengarah Mahkamah Terengganu, Hakim Mahkamah Seksyen Kelantan selain daripada jawatan-jawatan lain. Apa lagi rakyat Besut mahukan?


P034: Setiu

Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir


Orang Setiu telah melihat sendiri kejayaan beliau sewaktu melaksanakan tugasannya sebagai Ahli Parlimen Setiu yang begitu bersungguh memenuhi keperluan rakyat di sana. Antaranya jambatan di Kampung Lerek yang baharu disiapkan baru-baru ini. Beliau juga diberikan kepercayaan menerajui Tabung Ekonomi Usahawan Niaga (Tekun) sebagai Pengerusi.


Rakyat Jabi terutamanya pasti masih mengingati beliau yang pada tahun 1999 telah diangkat menjadi Adun di sana. Kepercayaan rakyat Setiu kepada Ustaz Shahari sudah berakar keran beliau bukan baru pertama kali menjadi wakil rakyat. Sering kali bangun di dalam Parlimen bagi memperjuangkan hak rakyat Setiu.


Kelulusan tertinggi 'Master' Pentadbiran Perniagaan dari Open Universiti Malaysia (OUM). Disamping beliau juga memlunyai Diploma Lanjutan (setaraf ijazah) dalam bidang Usuluddin dan Pengajian Islam (Kuliah Tafaqquh Fiddiin). Dua sijil dunia dan akhirat. Sungguh bertuah rakyat Setiu. Calon yang mesti dimenangkan.


P035: Kuala Nerus

YB Dato' Dr Alias Razak


Bagi seluruh pengundi Kuala Nerus, nama Dato' Dr Alias Razak, bukan asing bagi mereka. Memulakan kariernya sebagai Adun Bukit Tunggal pada tahun 1999, beliau terus mengorak langkah gagah dalam bidang politik. Sentiasa memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Bukit Tunggal. 


Dek kerana pengalaman dan kejayaan beliau mengemudi Dun, beliau dilantik secara berperingkat dalam PAS Terengganu, sehinggalah kepada jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS III sekarang ini. Dan apabila PAS menawan Kerajaan Terengganu, beliau diberi kepercayaan dilantik sebagai Exco Kerajaan Tempatan. Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar. 


Malah Tuanku juga berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (DPMT) membawa gelaran Dato' baru-baru ini. Besar jasa beliau kepada Terengganu dan kini jasa beliau akan dikembang ke seluruh Kuala Nerus. Perlukah saya menyatakan lagi latar belakang pendidikan beliau dengan gelaran Dr itu?


P036: Kuala Terengganu

Datuk Haji Amzad Haji Hashim


Pernah menjadi orang besar di MSET iaitu sebuah syarikat perkapalan di Terengganu. Antara pelajar terbaik di Sekolah Sultan Mahmud, sekolah berasrama penuh yang terkenal di Terengganu. Pendebat yang hebat mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia pasa zaman remajanya. Seorang profesional yang berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada majikannya.


Apabila menyertai PAS tahun 2013, beliau terus menyumbang kepakaran beliau dalam mendepani isu-isu semasa. Antaranya tuntutan Royalti Terengganu, menubuhkan kumpulan profesional yang menyokong PAS. Setelah beliau diberikan kepercayaan menjadi calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu, beliau tidak menghampakan PAS.


Dan PAS terus memberikan kepercayaan terhadap beliau dengan menamakan beliau sebagai wakil PAS menjadi Timbalan Menteri sebanyak dua kali setelah kerajaan bertukar. Beliau tidak mengecewakan harapan parti dan rakyat. Beliau menjadi salah seorang Ahli Parlimen yang aktif dengan sentiasa memaklumkan aktivitinya kepada rajyat di media sosial. InsyaAllah kita perlukan Datuk Haji Amzad sebagai wakil kita di Kuala Terengganu.


P037: Marang

Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


Presiden PAS yang begitu gagah, masih mengharungi dunia politik. Beliau tetap istiqamah dalam memperjuangkan Islam sebagai dasar PAS. Beliau dipercayai bukan sahaja di  Malaysia malah di seluruh dunia Islam. Beliau membesar dalam persekitaran Islam dan berjuang untuknya.


Diyakini oleh kawan dan lawan sebagai seorang yang dipercayai kerana lawan politik beliau kini adalah kawan beliau dahulu dan kawan politik beliau sekarang ialah musuh ketat beliau dahulu. Mereka mencari Tuan Guru jika memounyai kesusahan politik. Beliau tidak menolak asalkan Islam terbela dan dilindungi. Begitulah prinsip beliau yang dipegang semenjak dahulu. Yang lain, tidak perlu saya katakan tentang beliau yang sudah banyak sangat dikatakan.


P038: Hulu Terengganu

Dato' Rosol Wahid


Dato' Rosol sememangnya sudah dikenali di kalangan rakyat Hulu Terengganu. Beliau adalah bekas Exco Kerajaan BN pada tahun 2004-2008. Sebelum itu beliau adalah antara empat Adun BN yang menang dalam tsunami politik di Terengganu 1999 dahulu. Setelah menghadapi krisis dalam Umno tahun 2018, beliau menyertai PPBM. Pernah menjadi Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.


Diberi kepercayaan menyandang tugas sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atas pengalaman beliau yang luas itu dalam Kerajaan PN dan Keluarga Malaysia. Sebelum itu pernah dilantik menjawat Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu dan Naib Pengerusi Umno Hulu Terengganu. PAS akan memastikan calon PN, tunggal dari PPBM ini dan akan memberikan sepenuh tenaga bagi membantu beliau mentadbir Hulu Terengganu. 


P039: Dungun:

Ustaz Wan Hassan Wan Ramli


Sudah dua penggal rakyat Dungun menghantar beliau ke Parlimen sebagai wakil mereka. Kepercayaan yang tinggi itu membuktikan betapa beliau seorang yang kuat bekerja bagi kesejahteraan rakyatnya. Sentiasa bersedekah walau beberapa ringgit jika diminta. Tidak mahu menghampakan harapan si peminta. Pernah sewaktu banjir di Hulu Dungun, jalan terputus, tetapi beliau tetap berjaya menyeberangi sungai bagi menghantar bekalan.


Diberikan kepercayaan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Terengganu pada tahun 1999-2004. Menyerlahkan kemampuan beliau mentadbir kerajaan. Penggal lalu, dilantik pula menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Rakyat Dungun cukup berpuashati dengan khidmat beliau selama ini, bermula dari Dun kemudian dibawa pula ke Parlimen.


P040: Kemaman

Ustaz Alias Abd. Hamid


Tokoh yang mula berpencak di gelanggang politik pada tahun 1999, melawan Exco BN di Dun Kemasik. Semenjak itu beliau tidak menoleh ke belakang lagi, terus menerus menjadi lawan yang kuat kepada BN Kemaman yang mana antara kawasan terkuat mereka. Sehinggalah diberikan kepercayaan menerajui PAS Kemaman oleh cawangan-cawangan. Pada tahun 2013.


Bermula pengambilalihan itu, beliau telah mencorakkan pasukan yang membawa kepada kemenangan PAS pada PRU-14 dengan kemenangan tiga daripada empat kerusi Dun dan beliau sendiri merampas Parlimen Kemaman. Beliau telah menjalankan tugasan beliau dengan begitu baik sekali dengan sebanyak RM14.9 juta peruntukan dihabiskan bagi rakyat Kemaman terbahagi kepada beberapa kategori seperti kebajikan, pembangunan dan lain-lain. Beliau juga dilantik menjadi Pengerusi Pelabuhan Kemaman.


Jadi nyatalah PAS tidak main-main dalam mengemukakan calon-calon yang selain daripada berwibawa, tetapi juga diikat dengan amanah kepada Allah dan manusia. PAS membuat kajian lapangan dan rakyat mahukan wakil yang bersih dan yang boleh menstabilkan negara. Insyaallah calon-calon PAS memenuhi kehendak rakyat setempat, cerdik dan beragama.


Mohd Nasir Abdullah

4 November 2022

Ulasan