DAP Anti Aspirasi Negara


 Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU - DAP adalah satu parti yang membawa masalah dalam negara kerana gagal menghayati aspirasi kenegaraan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Haji Amzad Hashim, berkata kedudukan hak keistimewaan orang Melayu yang ditentukan dalam Perlembagaan Malaysia perlu dihormati dan jangan digangu gugat oleh sesiapa pun.

Beliau yang juga Calon PAS Parlimen Kuala Terengganu, berkata sementara Barisan Nasional (BN) telah rosak kerana budaya amalan rasuah yang berleluasa sekali gus  menjadi punca rosaknya asas tiang seri pembinaan negara Malaysia.


"Penyelewengan BN ketika berkuasa menyebabkan negara tidak mempunyai kemudahan mencukupi untuk mensejahterakan rakyat dan negara serta berdayasaing di pentas antarabangsa," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ceramah Mega anjuran bersama PAS DUN Ladang dan DUN Bandar di Gelong Bilal di sini semalam.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dato' Tengku Hassan Tengku Omar dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Harun Esa.

Datuk Amzad seterusnya, berkata Pakatan Harapan (PH) ketika mengambil alih kerajaan dari BN selama 22 bulan sebelum ini mengulangi perkara yang sama.

Menurutnya, dalam masa singkat PH menunjukkan ciri-ciri penyalahguaan kuasa.

Katanya, lebih dari 10 kes mahkamah melibatkan rasuah di kalangan pemimpin parti itu, dibuang begitu sahaja.

"Walaupun PH bercakap dalam soal negara yang bersih dari rasuah dalam tempoh yang singkat mereka membebaskan kes- kes rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin utama mereka," jelasnya.

DAP katanya mengembangkan komunisme di kalangan pelajar sekolah dengan tidak sensitif terhadap pengorbanan anggota keselamatan du era darurat ketika komunis mengganas di dalam negara.

Pokoknya kata beliau BN dan PH mempunyai sejarah pemerintahan yang buruk dan memberi kesan mendalam dalam pentadbiran negara sehingga hari ini.


Ulasan