Dekati Anak Muda Agar Celik Politik


KUALA NERUS - Pemuda PAS Kuala Nerus mengadakan pelbagai program untuk mendekati anak muda terutamanya pengundi 18 agar celik politik dan menetapkan pendirian untuk memilih Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus, Ustaz Mohd Ridhuan Abdul Karim berkata, usaha berterusan dilakukan bagi memastikan anak muda mengenai calon yang sangat berwibawa daripada PAS yang mewakil PN bagi memperjuangkan agenda rakyat.

"Kita akan terus berusaha bagi memupuk kesedaran di kalangan anak muda yang kurang cakna dan prihatin terhadap politik.

"Alhamdulillah calon kita untuk Kuala Nerus ini, Dato' Dr Alias Razak amat mesra dengan anak muda serta terlibat dengan pelbagai aktiviti golongan anak muda dan ini menjadi nilai tambah bagi memastikan mereka memilik calon yang tepat untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, "ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program ' Lepak Santai Anak Muda, di Taman Permint Makmur, Wakaf Tembesu, pada Rabu.

Ujarnya, dalam memperkenalkan calon yang telah diputuskan untuk bertanding itu, pelbagai aktiviti anak muda berjalan lancar di setiap DUN.

"Sangat mendapat sambutan yang mengalakkan, apatah lagi melibatkan calon dan juga Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim menyerikan lagi aktiviti yang diadakan.

"Seperti tukar minyak hitam dan sebagainya sebagai pengisian kempen dimana setiap DUN telah mengatur pergerakan calon.

"Dengan penerimaan kalangan anak muda yang cukup baik ini kita yakin bahawa calon Perikatan Nasional daripada PAS mampu untuk mempertahankan PAS di Parlimen Kuala Nerus ini," katanya.

Ulasan