‘Dia Datang, Kita Lawan’


KUALA NERUS - Calon Perikatan Nasional Kuala Nerus daripada PAS tidak tergugat dengan Barisan Nasional (BN) walaupun parti itu meletakkan Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai calon.

Dato’ Dr Alias Razak berkata, meskipun sebelum ini Mohd Khairuddin merupakan ahli PAS, pihaknya tetap bersedia menentang seperti biasa. 

"Berdepan dengan orang yang kita kenal, bersama-sama dalam PAS di Kuala Nerus sebelum ini memang saya tidak sangka akan bertanding dan lawan dengan dia.

"Tapi semua takdir Allah, prinsip yang kita pegang, kita tak cari musuh namun kita tetap lawan,” ujar Dr Alias dalam majlis Pelancaran Markas Induk Parlimen Kuala Nerus P.035 dan Ceramah Perdana di Kompleks Tarbiyah AtTaqwa (KOMTAQ) semalam.


Turut hadir dalam majlis tersebut, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato' Haji Husain Awang dan Timbalan Perikatan Nasional Kuala Nerus, Saudara Kazan Mat.

Dalam perkembangan sama, Dr Alias berkata, jentera PAS sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk menghadapi BN kali ini.

"Namun, kita jangan leka, BN tidak akan ambil mudah pada PRU kali ini, kerana mereka mungkin punyai strategi di luar kelebihan kita seperti dari segi kewangan dan tenaga.

"Kita (PN) perlu lebih bersungguh-sungguh dalam menghadapi BN pada kali ini,” katanya.

Ulasan