KUALA NERUS : Sebuah rumah yang menjadi tempat penyimpanan
stok makanan kucing adalah antara yang terlibat dalam kebakaran di DUN Bukit
Tunggal petang semalam.
Menurut calon PAS@PN Kuala Nerus Kejadian berlaku sekitar jam empat petang itu telah menyebabkan dua buah rumah terkesan, sebuah rumah dihuni oleh tiga beranak dan sebuah lagi dijadikan tempat penyimpanan stok makanan kucing.
Dr Alias Razak yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu
turun padang, meninjau keadaan rumah yang terbakar dan menyampaikan bantuan
segera kepada keluarga mangsa.
“Bantuan segera kami berikan kepada keluarga mangsa. Rumah inap sementara , bekalan makan minum dan sedikit sumbangan peribadi untuk meringankan beban” ujar beliau yang juga ADUN Bukit Tunggal
Beliau turut memuji tindakan pihak Bomba atas tindakan pantas memadam kebakaran dan juga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat sumbangan kepada mangsa kebakaran
“Syabas pihak bomba atas tindakan pantas dan terima kasih juga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atas sumbangan toto dan barangan dapur. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan mangsa sekeluarga”
Dr Alias yang sebelum itu berada dalam program penyerahan bantuan
OKU, Ibu Tunggal dan pencen rakyat di Dun Tepoh bergegas meninggalkan program
buat sementara untuk melihat keadaan kebakaran yang terletak di DUN Bukit
Tunggal, yang merupakan bawah pentadbiran beliau buat masa kini.
Ulasan