Gelanggang Kempen PRU15 Bermula Hari ini


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU  - Gelanggang berkempen bermula pada hari ini dan para pemimpin serta jentera parti mestilah bekerja bersungguh -sungguh untuk memastikan kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 ini.

Calon Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Haji Ahmad Amzad Mohamed berkata,  semua petugas hendaklah bertungkus lumus memastikan parti PAS memenangi Parlimen Kuala Terengganu kali kedua ini.

"Pertamanya, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir di perarakan calon pada hari ini, pimpinan-pimpinan, Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah , Wakil Bersatu, Badrul Hisham, Ketua Dewan Himpunan Penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan.

"Kita berkumpul demi proses demokrasi yang mana kita akan berhadapan PRU kali ini dan hari ini kita menyelesaikan dengan selamat proses penamaan calon," ujar beliau. 

Beliau berkata demikian selepas penamaan Calon di Stadium Tertutup Negeri Terengganu pada pagi ini.


Sementara itu, empat calon di parlimen Kuala Terengganu yang akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke 15 ini.

Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Kuala Terengganu, Ahmad Faris Bin Abdul Razak berkata, beliau telah menerima kertas penamaan calon daripada empat calon bagi pemilihan ke Dewan rakyat bagi parlimen.

"Mereka telah mengemukakan kertas-kertas  penamaan pada masa Raja Kamarul Bahrin pada jam 9.05 dari parti Pakatan Harapan. Mohamad Abu Bakar Muda jam 9.07 pagi dari parti Pejuang.

" Datuk Haji Ahmad Amzad Mohamed jam 9.13 dari PAS dan  Datuk Mohd Zubir Embong pada 9.19 pagi dari Barisan Nasional," jelasnya.

Menurutnya, hari mengundi awal pada 15 november 2022 bersamaan Selasa dann hari mengundi pada 19 November 2022 pada Sabtu.

"Saya telah menyemak kertas penamaan tersebut dan setelah selesai disemak saya berpuas hati dan tiada calon yang ditolak.

"Dengan ini saya mengumumkan dalam Pilihan Raya p036, Mohamad Abu Bakar Muda dari parti Pejuang, Datuk Mohd Zubir Embong dari Barisan Nasional, Raja Kamarul Bahrin dari parti Pakatan Harapan dan Datuk Haji Ahmad Amzad Mohamed dari PAS," kata beliau.

Beliau menambah, pusat mengundi akan dimaklumkan seperti borang lapan notis Pilihan Raya yang dipertandingkan hanya akan diwartakan dan dipamerkan di pusat mengundi ditetapkan.

Ulasan