Hampir 100 Peratus Pengundi Awal Mesra PN

 

Oleh Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU: Hampir 100 peratus kemesraan di kalangan kakitangan awam terhadap calon Perikatan Nasional (PN) Kuala Terengganu Datuk Haji Amzad Hashim ketika pengundian awal semalam perlu diterjemahkan pada 19 November ini.

Calon Nombor Empat itu berkata, ketika lawatan beliau ke tempat pembuangan undi awal di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kuala Terengganu (IPK) menunjukkan kemesraan  kakitangan awam terhadap PN seolah-olah memberi lampu hijau untuk  memerintah semula Kerajaan Persekutuan selepas Pilihanraya Umum Ke 15 (PRU15) nanti.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ceramah Mega anjuran bersama PAS DUN Ladang dan DUN Batu Buruk di Gelong Bilal, di sini semalam.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dato' Tengku Hassan Tengku Omar dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Harun Esa.

Seterusnya Datuk Amzad, berkata ini adalah satu isyarat sangat baik semoga pada 19 November nanti ia diterjemahkan dalam bentuk kejayaan PAS/PN memperoleh salah satu kerusi Parlimen (Kuala Terengganu) dari 112 diperlukan bagi membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.

Katanya, PN bertanding sebanyak 169 kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum kali ini.

"Kita tak kacau sangat sebelah (negeri) Sabah dan Sarawak, ada  kerusi dipertandingkan, tapi tak kacau sangat.

"Sebaliknya PN menumpukan perhatian kepada kerusi-kerusi yang kita yakin dan percaya, kita mendapat sokongan secukupnya  daripada rakyat (di Semenanjung Malaysia) bagi membentuk kerajaan Malaysia di peringkat tersebut." ujar beliau

Ulasan