22 November 2022

Hormati Keluhuran Undang-Undang, Pelihara Ketenteraman Awam

 


PAS menyeru semua pihak menghormati keputusan pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab untuk memilih kerajaan pada PRU-15 yang berlangsung secara harmoni.

2. Malaysia kini sedang melalui fasa penting pembentukan kerajaan melalui proses Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

3. Justeru PAS menyeru semua pihak untuk menjunjung keluhuran Perlembagaan, menghormati keutuhan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam, serta menghalang sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian dalam negara.

4. PAS menegaskan untuk memelihara kestabilan politik dan ekonomi dalam negara dan seterusnya memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya 'tidak menangguk di air yang keruh dan jangan sesekali dijolok sarang tebuan', demi menjaga kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya.

 

“MALAYSIA SEJAHTERA”

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

Bertarikh: 27 Rabi’ul Akhir 1444 / 22 November 2022

Bil: 7 / 2022

Tiada ulasan:

Jangan Tunggu Air Dalam Baru Pindah

Oleh ; Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU - Orang ramai diseru agar segera berpindah ke tempat yang lebih selamat dan jangan tunggu air naik me...