Hulu Terengganu Tunjuk Isyarat Kemenangan


KUALA TERENGGANU - 'Signal' jelas daripada aktiviti kempen Parlimen Hulu Terengganu menunjukkan calon Perikatan Nasional, Datuk Rosol Wahid mendahului persaingan dan menuju kemenangan. 

Yang Dipertua PAS Hulu Terengganu, Ustaz Maliaman Kassim berkata, ia dapat dilihat kepada maklum balas positif rakyat kepada program yang dilaksanakan oleh jentera gabungan PAS dan Bersatu,

"Rakyat melihat gabungan ini walaupun baru dibentuk namun dapat mengembalikan semula semangat rakyat untuk melihat Malaysia yang lebih sejahtera, bersih dan stabil.

"Dengan sambutan yang sangat baik ini, insyaAllah Hulu Terengganu milik Perikatan Nasional, insya-Allah Datuk Rosol Wahid akan mengekalkan kemenangan di Hulu Terengganu," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Hafl Al-Takrim Pelajar Cemerlang SPM, STAM dan STPM 2021, Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu , di sini, hari ini.


Mengulas lanjut katanya, melihat kepada sambutan yang sangat baik kerana PN pernah membuktikan mampu mentadbir negara dengan baik.

"Dimana Perdana Menteri pada ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama menteri-menterinya telah menunaikan suatu tanggungjawab dan mengambil kira semua keadaan samada pendidikan, kesihatan, ekonomi, politik dan sebagainya.

"Tambahan pula apa yang ditunjukkan benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat bukan bersifat 'politiking'.

"Maka sokonglah calon yang ditawarkan oleh PN kerana terbukti tidak terlibat rasuah, tidak ada salah guna kuasa dan tiada melakukan penyelewengan dan telah membuktikan sepanjang memerintah Kelantan, Terengganu dan tidak Kedah tidak ada kes rasuah dan ketiga-tiga negeri ini diperintah dengan adil dan bersih," ujarnya.

Ulasan