Jentera Muslimat Perbanyakkan Solat Hajat Dan Zikir Munajat


KUALA TERENGGANU - Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu meminta semua jentera Muslimat dan penyokong, memperbanyakkan solat hajat dan zikir munajat, memohon kepada Allah agar kerajaan Perikatan Nasional menjadi kenyataan. 

Ketuanya Hajah Zuraida Mohd Nor berkata, ketika saat genting seperti masa kini, amat penting kita menyerahkan diri sepenuhnya, memohon pertolongan Allah. 

"kemelut politik yang berlaku hari ini, pastinya membuat kita gundah, takut dan semestinya perasaan ini ada pada semua yang sayangkan negara kita Malaysia. 

"Penting untuk kita di peringkat pimpinan cawangan, Dun sekalipun teruskan berdoa dan perbanyakkan solat hajat supaya segala keputusan memihak pada Perikatan Nasional," ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Muslimat Kuala Terengganu di Duyong Marina Resort, hari ini. 

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Terengganu, Hajah Shamsiah Abu Bakar berkata, rakyat telah memberi mandat kepada PN untuk menerajui pentadbiran negara. 

"situasi yang melanda negara hari sangat mencemaskan namun kita telah melaksanakan segala usaha dalam gerak kerja PRU15 yang lalu, 

"keputusan yang kita perolehi adalah berkat Muafakat kita dan yakin pempinan dalam Perikatan Nasional pastinya sedang membuat rundingan yang terbaik untuk sebuah kerajaan yang bersih dan adil," jelasnya. 

Justeru, semua penyokong dan pendokong di semua peringkat harus bersabar bawah dan terus berdoa serta bergantung harap hanya kepada Allah.

Ulasan