SETIU - Sepanjang tempoh berkempen, Calon Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir menyatakan perasaan terharu kerana mendapat respon yang cukup baik di kalangan rakyat, sehingga kempen berjalan dengan baik dan meriah.
"Sehinggakan kemana-mana saya pergi bersama pasukan kempen menerima respon yang agak positif dimana kita tidak hanya bertumpu dari rumah ke rumah bahkan berkempen di tempat-tempat awam, samada di setip premis perniagaan, termasuk pasar tani, pasar malam, klinik dan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai.
"Sehingga melahirkan keyakinan untuk menang itu ada dengan melihat sambutan di kalangan rakyat ini, insya-Allah," ujarnya ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menyantuni pengundi-pengundi awal, di sini.
Ketika ditanya, adakah kempen dijalankan UMNO adalah hambar sebagaimana di tempat yang lain dalam negeri ini, beliau mengakui perkara terbabit dimana parti itu pada kali ini tidak kelihatan bersungguh dalam menjayakan kempen sebagaimana biasa.
"Kalau dahulu jentera puteri atau wanitanya begitu aktif, tahun ini tidak nampak pergerakan mereka cuma yang kelihatan adalah perjalanan calonnya sahaja.
"Jauh berbeza di pihak PAS yang boleh dikatakan sentiasa meriah, semua jentera kita bergerak samada Ameerah, Muslimat mahupun pemuda boleh dikatakan rancak bergerak,"ujarnya.
Dalam pada itu beliau memohon agar rakyat Setiu termasuk yang berada di perantauan agar memberikan kepercayaan untuk PAS yang mewakili Perikatan Nasional sekali lagi diberikan mandat bagi mewakili Parlimen Setiu sekali gus memberikan pengharapan untuk menjadi kerajaan persekutuan supaya mampu membina Malaysia baharu, Bersih dan Stabil.
Ulasan