Kenal Kaedah ‘Cashless Payment’ Di Pasar Payang

 


Oleh: Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU, 14 November – Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperkenalkan kaedah-kaedah baru di dalam bidang perniagaan dan menggalakkan pelaksanaan cara penggunaan ‘cashless payment’ (pembayaran tanpa tunai) di Pasar Payang.

Datuk Haji Amzad Hashim berkata, Kuala Terengganu ini tidak seharusnya ketinggalan dari segi aspek menginovasikan cara berniaga.

“Jadi saya telah mula memperkenalkan di Pasar Payang dan menggalakkan lebih banyak penggunaan ‘cashless payment’ serta mengadakan mesin Automated Teller Machine (ATM),” jelasnya.

Menurutnya, satu mesin ATM telah dipasang di Pasar Payang untuk kemudahan para pengunjung untuk mengeluarkan wang di kawasan tersebut. 

Beliau  yang juga calon Ahli Parlimen Kuala Terenganu berkata demikian ketika ditemui pihak media, pada hari ini.

Sementara itu, sebanyak RM15.5 juta dibelanjakan untuk rakyat  kawasan Kuala Terengganu dalam pelbagai sektor berkaitan sepanjang empat tahun menjadi Ahli Parlimen kawasan ini

Katanya, peruntukan ini antaranya merangkumi pembangunan, infrastruktur, kebajikan, pendidikan, bantu golongan  usahawan dan peniaga daripada kalangan B40.

“Ia adalah perkara yang sama saya usahakan isu-isu berkait dengan masalah infrastruktur, longkang perparitan yang selama ini kita telah banyak selesaikan masih ada yang memerlukan peruntukan lagi diperingkat persekutuan.

 “Sebahagian telah mendapat kelulusan  tetapi belum sampai ke peringkat pelaksanaan. Sekarang ini ada Parit Besar di Kubang Parit. Yang tu telah  masuk dalam ‘rolling plan 3’  yang dijadualkan pelaksaaan pada tahun hadapan,” ujar beliau.

Beliau menambah, dalam masa yang sama isu berkait dengan membela nasib penjaja pasar malam infrastruktur yang lebih baik ini sentiasa menjadi keutamaannya.

“Dalam masa yang sama saya rasa isu yang berkait kesejahteraan rakyat yang lain berkaitan dengan kesihatan dan pendidikan ini adalah sentiasa menjadi keutamaan,” tambah beliau.

Ulasan