Kerajaan PAS Terengganu Tidak 'Politiking'


DUNGUN - Kerajaan PAS Terengganu selepas diberi mandat memerintah tidak pernah bermain politik (politiking) menjalankan amanah mentadbir dan hanya berbuat demikian semasa Parlimen dibubarkan.

Mengulas lanjut, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT), Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menjelaskan ini berbeza dengan Barisan Nasional(BN) dan Pakatan Harapan(PH) yang sentiasa hendak berpolitik 24 jam.

"Walaupun mereka telah menjadi kerajaan tetapi masih menghentam serta membangkitkan penyelewengan kerajaan lalu," ujarnya. 

Ustaz Wan Sukairi berkata demikian ketika berucap merasmikan Markas Besar P039 Dungun di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate di sini pada Sabtu. 


Malah katanya lagi, dalam ucapan sulung Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selepas dibentuk kerajaan, minggu pertama memulakan tugas di Wisma Darul Iman, di dalam ucapan sulungnya, beliau mengisytiharkan semua rakyat adalah rakyat Terengganu. 

"Semua rakyat berhak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat tanpa mengira fahaman politik kepartian dan kerajaan ini adalah kerajaan untuk semua,"  jelas Ustaz Wan Sukairi. 

Katanya lagi,  bermula daripada minggu pertama lagi kita sudah mula bekerja bersungguh-sungguh untuk merealisasikan janji 20 manifesto,

" Dan kini, Alhamdulillah, kita telah berjaya melaksanakan 20 manifesto,"ujarnya.

Ulasan