KETENGAH Jadi Kenderaan Politik Ahmad Said?

 

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) kini hanya menjadi 'kenderaan' program Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Dato' Seri Ahmad Said yang dilihat terdesak untuk kembali semula ke tampuk pemerintahan.

Ketua Pemuda PAS Bukit Besi, Hanif Safwan Mansor berkata, tidak apa-apa perubahan yang dibawa oleh ADUN Kijal itu sejak dilantik  menjadi Pengerusi KETENGAH bermula Mei lalu, melainkan hanya sibuk berkempen.

“Setakat ini semua program KETENGAH yang dijalankan ada diletakkan ‘cop Umno’ diagihkan apabila bertemu dengan masyarakat sebagaimana di Seri Bandi sendiri, 

“paling teruk sepanjang sejarah, KETENGAH hanya membina projek-projek mega yang kosong kandungannya, gagal seperti projek sakit di tasik Kenyir,”ujarnya ketika dihubungi, hari ini.

Tegasnya, bukan kali pertama Umno memainkan jiwa dan perasaan penduduk di KETENGAH, sebelum ini pernah dicanangkan mengenai projek perumahan untuk rakyat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

“Jika benar-benar serius ingin memperjuangkan rakyat, adalah lebih baik diteruskan projek tersebut dari terbiar begitu sahaja, nampaknya tidak ada apa-apa perancangan pun dilakukan.

“Ini sangat berlainan ketika dipengerusikan oleh pimpinan Perikatan Nasional, Datuk Razali Idris dilihat bantuan kebajikan adalah hadir dan lebih menjejak ke bumi.

“Dalam tempoh yang singkat dengan Kerjasama kerajaan PAS Terengganu telah berjaya menyelesaikan isu berkait dengan tanah dengan diberikan geran kepada 120 orang pemilik rumah kos rendah,”katanya.

Sementara itu seorang penduduk AMBS, Nor Zakirah Mohd Zaid berkata, jika pengundi memilih UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, seperti mengundur ke belakang.

“Bukan kemajuan yang dijanjikan kerana banyak isu yang tidak dapat diselesaikan, Umno ini hanya pandai berjanji, sebaliknya tidak pernah menepati, 

"selain pemimpinnya ramai yang terlibat dengan rasuah." ujarnya 

Menurutnya ramai anak muda dalam kawasan KETENGAH terpaksa berhijrah ke luar kerana ramai yang tidak ada peluang pekerajaan. 

"suatu ketika dahulu ada kilang besar kononnnya dijanjikan untuk memastikan rakyat di sini mendapat pekerjaan akhirnya kilang itu menjadi tempat ‘jin bertendang’ terbengkalai begitu sahaja.

“Saya rasa jika dibiarkan Umno-BN menjadi kerajaan semula hanya akan menyebabkan luka lama berdarah kembali, pengalaman lalu telah membuktikannya,”jelasnya. 

Ulasan