Khairuddin Ada Masalah Peribadi, Keliru Dan Mengelirukan


KUALA TERENGGANU – Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus  disifatkan mengalami masalah kesihatan dalam pemikirannya yang bercelaru, sering mengeluarkan kenyataan yang berbeza-beza terhadap PAS.

“sebenarnya dia telah mengelirukan rakyat, sifat dia sebagai ahli politik, hari tu dia kata dia sayang kepada PAS, tiba-tiba dia suruh undi BN, ada masalah dalam pemikirannya, rakyat sedang memerhati beliau,

“itu adalah pandangan peribadi beliau yang saya sifatkan dipengaruhi oleh masalah peribadi beliau, orang yang ada masalah peribadi, fikirannya dipengaruhi oleh agenda peribadi, kita tak perlu ikut,“ jelas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas siding medianya di Pusat Media PRU15 PAS Terengganu, semalam.

Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Menteri MOSTI menyeru orang ramai agar akur dengan arahan yang dinyatakan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“kita ikutlah seruan yang dibuat oleh Tok Guru kita supaya kita memperkasakan perjuangan Islam dan sokong Parti Islam SeMalaysia (PAS) di negeri Terengganu,” tegas beliau.

Tambahnya, menjadi sesuatu yang pelik kepada orang-orang yang sayang dan memperjuangkan Islam menyokong parti yang mempunyai masalah dari segi intergriti.

“ini bukan fitnah ia adalah fakta yang telah dibuktikan di mahkamah yang mana apabila kita melihat satu kemungkaran, sebagai yang dikatakan oeh Dr Khairuddin, hendaklah dicegah dengan tangan,

“kalau tidak cegah dengan suara kita dan cegah dengan hati kita, tiba-tiba dia suruh kita sokong BN, sesuatu yang mungkar, ia tak betul dan tak kena dengan apa yang beliau cakap beliau,” ujar Amzad


Ulasan