“Kita Sudah Tidak Mampu Melihat Perpecahan’

 


KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Shahidan Kassim menyeru semua umat Melayu Islam untuk bersatu kerana “sudah tidak mampu lagi untuk melihat  sebarang perpecahan”.

Katanya, beliau yakin sekiranya PAS, Bersatu dan Umno bersatu padu, pakatan tersebut dapat memerinta Malaysia dengan majoriti dua pertiga.

“saya mengidamkan perpaduan ummah ini, biar Muafakat Nasional bermula di Arau, ia juga akan bermula di parlimen Jempol, di Tenggara dan Tanjung Karang,

“kedudukan Malaysia 69.9 peratus adalah bumiputera, 62 peratus daripada itu adalah orang Islam, orang bukan Islam akan hormat kepada kita kalua kita bersatu padu,” tegasnya.

Menteri Wilayah Persekutuan yang juga orang lama Umno tu berkata demikian ketia berucap pada Majlis Perisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) Terengganu I Rusila semalam.

Beliau menggesa agar gerakan ‘Perpaduan Ummah’ diteruskan dan bergerak lancar di seluruh negara.

“kita nak perpaduan dan kita nak memerintah negara ini dengan aman dan damai,” tambah beliau.

Ulasan