Lahir Pemimpin Berkaliber Dan Cerdik Pandai


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – PAS dan Perikatan Nasional (PN) mampu melahirkan pemimpin yang berkaliber dan cerdik pandai dari pelbagai sudut mampu menjadikan negeri serta negara sebagaimana dikehendaki rakyat.

Ketua NGO KT care, Azizah Mahmood berkata, beliau yakin bahawa dua gabungan ini mampu untuk mentadbir negara Malaysia.

“Dengan negeri yang ditadbir mencatatkan sifar rasuah itu adalah  hubungan cukup baik kepada kita  semua untuk masyarakat, kerana kita yakin bahawa negeri yang ditadbir oleh PAS ini mencatatkan sifar rasuah.

“Maka negeri itu akan mencatat kemajuan yang baik dari sudut kebajikan kepada rakyat begitu juga kemajuan negeri yang ditadbir dan untuk memimpin sesebuah negara sifar rasuah pada seorang pemimpin itu adalah sangat penting. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program penamaan calon Parlimen Kuala Terengganu, di perkarangan Stadium Tertutup, Kuala Terengganu, pada semalam.

Justeru itu, beliau yakin bahawa pimpinan PAS dan PN mempunyai hala tuju yang baik, telah dirangka dan dibincang dengan baik untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, mampu berdaya  saing dari sudut ekonomi dan sebagainya.

“Pemimpin yang jiwanya penuh dengan sifat tamak haloba, kaut keuntungan diri sendiri dan keluarga adalah pemimpin yang tidak layak  untuk pimpin negara apatah lagi untuk kita  yang bernama rakyat ini untuk memilih mereka apatah lagi meletakkan mereka sebagai pilihan kita undi akan datang.

“Saya yakin dengan setiap apa yang dilaksanakan dan setiap undi yang bakal berlaku  akan merubah  strruktur negara,” ujar Azizah.

Beliau menambah bahawa PAS memang layak untuk pimpin negara dan mampu menjadikan  Malaysia sebuah negara  maju, aman, makmur dan sejahtera.

"Harapan saya kepada pengundi dan para perantau yang berada di luar Terengganu untuk pulang mengundi pada 19 November ini dan insya Allah kita meletkkan parti PAS sebagai parti pilihan dan dengan undi  kita nanti beri mandat kerajaan PAS untuk  memimpin negara.

“Jadi saya mohon untuk pulang mengundi dan undi perantau  adalah harapan  kami di peringkat negeri Terengganu saya mewakili NGO  merayu untuk pulang mengundi. Jom pakat balik ngundi,” tambah beliau.

Ulasan