HULU TERENGGANU - Kerjasama diantara PAS dan BERSATU merupakan langkah bijak ,tepat serta memenuhi keperluan untuk memastikan negara berada dalam keadaan baik untuk diwarisi oleh generasi masa hadapan agar Islam terus terbela.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Dato' Ustaz Husain Awang berkata, kerjasama itu dijalinkan dengan satu akidah, perjuangan dan matlamat yang sama untuk memperbetulkan kemungkaran yang berlaku selama ini dalam negara.
"Samada dari sudut ekonomi, politik dan sosial yang mesti dibetulkan dan dipertanggungjawabkan kepada kita, kalau tidak diambil peranan ini akan dimaki oleh cucu cicit di masa akan datang.
"Oleh itu, PAS bersedia memikul tanggungjawab dengan nilai dan pengorbanan yang dicurahkan, " ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Prihatin dan Pelancaran Jentera Perikatan Nasional PRU Ke-15.
Tambah beliau, PN kini boleh menjadi pilihan untuk rakyat kerana belum ada pimpinannya masih bersih dari segala tuduhan rasuah.
"Tidak wujud skandal, kemungkaran penyalahgunaan kuasa yang berlegar dalam politik negara," ujarnya.
Tegasnya, semua jentera perlu memainkan peranan dan jangan sesekali berdalih.
"Allah tahu kita mampu untuk menjalankan tugas di medan masing-masing, sebagai perayu undi, begitu juga dengan peranan di peringkat dewan-dewan.
"Semua daripada kita mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk dilaksanakan dengan penuh yakin dan berkemampuan, tidak sia-sia sebaliknya akan diganjari oleh Allah, " ujarnya lagi.
Ulasan