Lipat Gandakan Usaha Pertahan Kemenangan


Oleh : RR

KUALA TERENGGANU - Calon PN Parlimen Kuala Terengganu melipatkan gandakan usaha bagi mengekalkan kemenangan PAS di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke -15 ini. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, sudah menjadi rutin hariannya turun bertemu mata dengan rakyat sejak sejak empat tahun lalu.

"sepanjang tempoh dua minggu sebelum pengundian pada 19 November saya akan lebih fokus


"Saya sudah biasa melaksanakan rutin saya setiap hari. Sebelum ini pun saya bertemu rakyat.

"Cumanya untuk selepas pengumuman semalam saya kena lipat gandakan sebab kita ada masa dua minggu untuk kita bertemu dengan masyarakat seramai mungkin," jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri MOSTI berkata demikian selepas minum pagi bersama rakyat sekitar di Warung Kopi Tok Jamal, pada pagi ini.



Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kerana dipilih kali kedua menjadi calon di Parlimen Kuala Terengganu.

"Sebagai ahli jemaah yang patuh terhadap keputusan parti walau dimana dan kedudukan sekalipun ditempatkan, saya menerima tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh parti.

"Moga pertolongan Allah SWT sentiasa mengiringi langkah saya dalam menjalankan amanah yang berat ini dan memohon sokongan dan doa daripada seluruh rakyat Kuala Terengganu," tambah beliau.

Sementara itu menurutnya, beliau solat  berjemaah bersama dengan ahli Qaryah di Wakaf Mempelam dan menziarahi golongan Al-Malak di sekitar tersebut pada pagi, sebaik diisytiharkan sebagai calon, semalam.



Ulasan