Majoriti Lebih Besar Berbanding PRU14

 


DUNGUN - Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berjaya memenangi kerusi Parlimen Dungun pada PRU15 dengan majoriti lebih besar berbanding PRU14  apabila beliau meraih 59,720 undi semalam, kelebihan undi 34,105 undi berbanding 13,119.

Mengulas lanjut Yang Dipertua PAS Dungun itu berkata kemenangan besar adalah dari saluran - saluran pengundi pertama kali. 

"Tetapi ada juga mereka yang sebelum ini tidak mendaftar tetapi mendaftar secara automatik juga memberi sokongan yang besar,

"dan agak pelik apabila dalam DUN Bukit Besi adanya peti- peti undi yang saya tidak jangka tetapi memberi kemenangan yang agak besar juga," katanya.

Beliau berkata demikian di Sidang Media selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke 15(PRU15) untuk P039 Dungun oleh Pegawai Daerah Dungun, Jusman Ibrahim.


Ustaz Wan Hassan ditentang lima penjuru ialah Bebas, Pejuang serta Pakatan Harapan memperolehi 59,720 undi mengalah mencabar terdekat daripada Barisan Nasional, Ustaz Sham yang mendapat 25, 612 undi.

"Majoriti yang tidak disangka besar, cuma pada jangkaan kita melebihi 13, 119 dalam tahun 2018 cuma berapa kita tidak jangka. jumlah yang dianggarkan dalam 20, 000," ujarnya. 

Tambahnya, pengundi muda telah menterjemahkan di peti undi dengan mereka memilih sebuah kerajaan yang bermula dengan pemimpin yang bersih dan kalau ada kerajaan, kerajaan yang stabil. 

"Itulah hasrat mereka dan mereka terjemahkan dalam waktu mengundi dan untuk memastikan apa yang mereka laksanakan adalah tanggungjawab sebagai pengundi dengan meletakkan  harapan mereka bahawa Ahli - Ahli Parlimen yang menjadi pimpinan mereka yang melaksanakan hasrat dan kehendak mereka, 

"Tetapi saya rasa memang tanggungjawab lebih besar, kita akan sentiasa mengambil kira golongan ini dalam semua perancangan yang hendak dibuat.," jelasnya lagi. 

Dalam pada, beliau turut menzahirkan rasa terimakasih kepada semua pengundi dan seluruh jentera PRU yang bekerja keras sehingga keputusan menang dengan majoriti yang sangat besar ini diperolehi.

Ulasan