Manifesto PN Realistik Baik Dan Fokus Untuk Rakyat


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Rakyat hendaklah melihat tawaran Manifesto Perikatan Nasional (PN) adalah realistik baik dan fokus terhadap mereka.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Haji Amzad Hashim berkata, ini adalah janji pasti ditunaikan bukan dikatakan sepertimana manifesto bukan kitab suci seperti yang dijanjikan parti lain.

"Kita telah menawarkan tawaran-tawaran yang kita anggap sebagai tawaran di dalam kapasiti kita untuk menunaikan.

"Kita tak seperti sesetengah parti yang semata-mata untuk memperoleh undi menjanjikan bulan dan bintang.

"Apabila menang pilihan raya mengaku tak dapat tunaikan," jelasnya.


Beliau yang juga calon Parlimen Kuala Terengganu berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menyantuni penerima I-bantuan peringkat DUN Batu Buruk di Dewan Kondo Rakyat, Tok Adis, Kuala Ibai, pada semalam.

Menurutnya, manifesto Perikatan Nasional (PN) akan dilaksanakan sekiranya menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

"Setakat ini rekod kita di Terengganu sebagai misalnya kita janji 20 perkara, maka 20 perkara kita tunaikan dan begitu juga berkait soal PTPTN.

"Panjang manifesto kita utarakan tawaran terbaik Perikatan Nasional terhadap rakyat," tambah beliau.

Ulasan