20 November 2022

Momentum Sokongan Luar Biasa


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU - Momentum sokongan yang luar biasa dilihat penyokong Perikatan Nasional  (PN) dan PAS serta rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada kali ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim yang menang mengatasi calon lain di kawasan Kuala Terengganu berkata, rata-rata kehangatan dan keterujaan rakyat yang sanggup pulang ke kampung halaman untuk membuang undi demi masa depan negara.

“Saya rasa pengundi muda secara umumnya telah memahami isu yang dibangkit berkaitan terutama sekali dalam konteks peranan saya di dalam menjaga kebajikan rakyat dan pembangunan di kawasan Parlimen.

“Maklumat sampai jadi orang tahu apa yang telah kita berjaya lakukan sepanjang tempoh perkhidmatan,” jelas beliau.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata demikian selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan Durian Burung, pada semalam.

Menurutnya, dalam masa yang sama beliau mendapat maklum balas baik daripada masyarakat ketika memegang jawatan sebagai MOSTI, peranannya merupakan kunci utama kepada pelan pemulihan negara. 

“Sebagaimana janji yang telah saya beri kepada rakyat dalam PRU bahawa saya akan bekerja sesungguh hati dan pada PRU ke-14 dulu saya telah tunaikan janji serta telah mendapat maklum balas yang baik tentang apa yang telah laksanakan.

“Insya Allah saya berazam terbaik lagi dimasa akan datang sekiranya terpilih kalau tak terpilih memang selama ini kerja saya banyak bantu rakyat walaupun tak jadi wakil rakyat,” tambah beliau.

Tiada ulasan:

Jangan Tunggu Air Dalam Baru Pindah

Oleh ; Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU - Orang ramai diseru agar segera berpindah ke tempat yang lebih selamat dan jangan tunggu air naik me...