20 November 2022

P.033 Besut: Kerusi Keramat BN Dirampas PAS

 


BESUT, 19 November - Satu catatan sejarah dilakar apabila kerusi parlimen Besut milik Barisan Nasional (BN) dimenangi calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 18,666 undi.

Calon PAS Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh mendahului undian sebanyak 49,569 undi , manakala calon BN yang diwakili Datuk Nawi Mohamad sebanyak 30,903 undi. 

Turut bersaing di parlimen itu, Abdul Rahman@Abd Aziz Abbas mewakili Pakatan Harapan (PH) dengan jumlah undi 4,339 undi serta Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh daripada Gerakan Tanah Air (GTA) dengan jumlah 553 undi.


Pengumuman rasmi dilakukan oleh Pegawai Pengurus Azran Amin Mazlan di Dewan Gong Kemutong, Besut tadi.

Kemenangan tersebut melibatkan 85,364 pemilih berdaftar dengan peratus pengundian sebanyak 77.46 peratus.

Tiada ulasan:

Jangan Tunggu Air Dalam Baru Pindah

Oleh ; Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU - Orang ramai diseru agar segera berpindah ke tempat yang lebih selamat dan jangan tunggu air naik me...