PAS Mahukan Melayu Islam Mampu Bersuara Di Parlimen


Oleh : Fatimah Din 

MARANG - PAS yang bersama Perikatan Nasional(PN) mahukan kemenangan majoriti di Pilihan Raya Umum ke 15(PRU15) supaya ramai orang Melayu yang beragama Islam mampu bersuara di Parlimen.

Isteri penyandang kerusi Parlimen Marang, Dr .Norzita Taat  berkata  apabila kerjasama antara parti orang Melayu Islam mendapat majoriti dua per tiga sekaligus berjaya membentuk kerajaan maka  undang-undang untuk menjaga sensitiviti melayu Islam dapat dijaga dan dibentuk perlembagaan baharu.

"Sudah cukup zaman Pakatan Harapan (PH) membuat kita merana dan cukuplah kita dengan Melayu Islam yang tidak mampu menegur apabila melibatkan perkara penting untuk hak kita," katanya. 

Beliau yang juga isteri Presiden PAS, Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata demikian di satu majlis di Alur Limbat semalam. 

" Pangkahlah PAS supaya orang Islam ramai di Parlimen supaya lebih banyak Kerusi yang mampu menegur apabila melibatkan sensitiviti orang Islam, melayu bumiputera." jelasnya.

Ulasan