PAS, PN Bukan Memimpin Untuk Selamatkan Diri


Oleh : Fatimah Din

MARANG - Parti PAS dan PN mahukan kemenangan dalam PRU ke-15 dan mandat serta kuasa bukan tujuan mahu selamatkan diri dari sebarang kesalahan. 

Ketua Penerangan PAS Marang, Ustaz Wan Zuki Wan Ismail berkata, " pimpinan yang ada sekarang walau sebut nak bela rakyat, tapi dalam masa yang sama ada kepentingan tertentu."

Menurutnya, Tan Sri Muhyiddin Yaasin pernah mengatakan, semasa beliau menjadi Perdana Menteri, ada pimpinan BN mahu Tan Sri Muhyiddin gugurkan kes mahkamah mereka.

"Betapa bagusnya Tan Sri Muhyiddin Yaasin berkata " urusan mahkamah serah pada mahkamah." Sambungnya lagi.

Walaupun mentadbir negara tempoh sekejap. PN telah membuktikan sikap keprihatinan dan bersih dalam memimpin di waktu Malaysia genting dilanda covid-19.

"Rakyat boleh melihat model pemerintahan PN di negeri Kelantan , Kedah, dan Terengganu." Jelasnya di ceramah UDM DUN Alor Limbat semalam.

Beliau juga turut mengatakan "siapa yang layak kita beri kuasa padanya Dan sama-samalah kita kekalkan Tuan Guru Presiden YB Tan Sri Dato'Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Marang yang akan mewakili kita di Parlimen.'

Ulasan