PAS Setiu Fokus Dekati Pengundi Muda, Baharu


SETIU - Parti Islam Semalaysia (PAS) fokus untuk menawan pengundi muda bagi mempertahankan kerusi Parlimen Setiu yang dimenangi parti itu ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lepas.

Calon PAS Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata PAS akan berusaha untuk menawan pengundi muda yang merupakan sebagai undi penentu pada pilihanraya kali ini.

Katanya, golongan mereka yang tidak menyertai mana-mana parti akan bergantung kepada kempen yang kita lakukan untuk menarik minat mereka terhadap PAS.

“Kempen akan memberi tumpuan kepada pendekatan anak muda dalam memberikan penerangan pendidikan politik supaya mereka diberikan maklumat yang betul dan kesedaran dalam membuat pertimbangan.

Dari segi petugas dan jentera PAS sekarang dilihat sangat bersemangat serta kuat berbeza dengan PRU yang lepas,” jelasnya.


Beliau berkata demikian selepas Penamaan Calon di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom, Bandar Permaisuri di sini hari ini.

Tambah Shaharizukirnain, semangat yang ditunjukkan oleh anak muda akan memberi impak positif di samping dibantu oleh Bersatu yang merupakan rakan kompenan dalam Perikatan Nasional.

Saingan yang lebih sengit mungkin datang daripada Barisan Nasional tanpa kita menafikan dua parti lain iaitu Pejuang dan Harapan.

Sementara itu, beliau yang diamanahkan buat kali kedua untuk bertanding Parlimen Setiu akan berjuang sehabis baik untuk memperoleh kemenangan dari PAS.

Di samping, akan meneruskan agenda lepas yang mana belum diselesaikan untuk kesejahteraan rakyat.


Ulasan