PAS Terengganu ‘Komited’ Lunas 20 Manifesto


MARANG – Kerajaan PAS yang mentadbir Negeri Terengganu terbukti ‘komited’ melunaskan ksemua 20 manifesto yang dijanjikan di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Penerangan PAS Marang, Ustaz Wan Zuki Wan Ismail berkata manifesto tersebut merupakan janji-janji parti Islam itu untuk khidmat kepada rakyat jadi ianya perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

“Janji pada rakyat bukan main-main, kita tidak hendak melontarkan janji pada rakyat hanya semata-mata tinggal janji.” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Kampung Tasek Alor Limbat semalam.

Katanya, PAS tidak mahu menjadi seperti Pakatan Harapan(PH) yang hanya menjadikan manifesto sebagai mainan pilihan raya dengan berkata “manifesto bukan kitab suci”.

“Satu undi memberi kesan pada perjalanan pentadbiran dan masa depan negara, jadi keluarlah mengundi dan ajarlah anak cara memilih pemimpin yang cemerlang serta baca doa yang dibekalkan Dewan Ulama untuk hadapi pilihan raya ini,” pesannya kepada hadirin yang hadir.

Ulasan