Pengundi Muda Pilih Perikatan Nasional


KUALA NERUS : Fenomena kebangkitan anak muda dalam PRU 15 merupakan satu petanda baik buat Perikatan Nasional apabila ramai dari kalangan mereka lebih cenderung kepada Parti Perikatan Nasional yang dilihat lebih stabil dalam membawa kebajikan kepada rakyat Malaysia.

Adam, 19 tahun, berkata dia lebih tertarik dengan parti yang mempunyai rekod bersih dari rasuah.

“Saya lebih memilih kepada parti yang menjaga rakyat serta bersoh dari sebarang rekod rasuah serta kesalahan-kesalahan yang lain demi menjaga rakyat dan kebajikan dalam negara kita”

Adam yang ditemui wartawan di Program E-Sport anjuran Pemuda PAS DUN Buluh Gading, berkata segala fitnah yang dilontarkan kepada PAS dan Perikatan Nasional tiada bukti yang kukuh untuk diterima. 

“Bila orang fitnah PAS dengan pelbagai perkara buruk, saya tidak dapat bukti yang sahih dari fitnah tersebut. Oleh sebab itu saya akan memilih calon DR Alias Razak dari PAS untuk hari mengundi nanti”

Dalam pada masa yang sama, Calon Perikatan Nasional , Dr Alias Razak turut hadir untuk bersama-sama peserta program tersebut juga dalam masa yang sama memberi penerangan berkenaan kepentingan undian anak muda dalam menentu masa depan Malaysia.


“ Kita sekarang berada dalam “iddah” untuk membuat pilihan barisan pimpinan yang akan memimpin pentadbiran negara”

“ Kewajiban mengundi terletak pada warganegara Malaysia yang berumur bermula 18 tahun ke atas dan mereka telahh secara automatiknya didaftarkan sebagai pemilih dalam plihanraya nanti”

Tambah beliau lagi, anak muda perlu pandai menilai kepada 3 komponen Parti yang akan bertanding dalam kawasan Kuala Nerus sebelum.

“ Sekarang ada 3 komponen parti politik yang bertanding antaranya parti yang paling memerintah dahulu, tetapi pelbagai masalah yang ditemui termasuk kes rasuah dan salah guna duit rakyat”

Dr Alias yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar telah menjalankan amanah dengan sebaiknya mampu mengendalikan projek perumahan rakyat di Kawasan Kuala Nerus termasuklah pembinaan Flat di Bukit Nenas , Tepoh dan di Dun Seberang Takir.


Ulasan