Pengundi Sudah Sedar


KUALA TERENGGANU - Masyarakat kini tidak lagi sebagaimana dahulu, bersifat fanatik kepada Umno sebaliknya memiliki kesedaran memberi undi kepada PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Pengerusi Tetap Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Dr Hamdan Muhammad berkata, mereka lebih celik dalam dunia teknologi maklumat  berbanding zaman dahulu.

"Ramai kalangan anak-anak yang belajar di universiti memberikan kefahaman jelas kepada ibu bapa menyebabkan ramai sudah sedar dan tidak akan lagi menyokong Umno.

"Di mana mereka mengetahui Umno, tidak mempunyai integriti bagi menjamin sebuah sebuah kerajaan yang baik dan mampu mentadbir negara.

"Ramai kalangan pemimpinnya terlibat rasuah, ada yang telah diputuskan bersalah dan ada yang sedang dibicarakan, pemimpin seumpama itu tidak layak untuk mengambil tampuk pemerintahan negara," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Kuliah Dhuha Motivasi Pagi, di TV PAS Terengganu, pada semalam.

Katanya, rakyat Terengganu terutama kalangan anak muda menolak parti Umno kerana sudah tidak relevan.

"Kita melihat parti ini hayatnya sudah uzur dan tua, terlalu lama memerintah sehingga ramai pemimpinnya terlibat penyalahgunaan kuasa," ujarnya.

Beliau menambah, apa yang terbaik untuk rakyat ialah mereka mesti menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional.

"Gabungan yang ada PAS di dalamnya ini sudah tentu akan menawarkan pemimpin terbaik, dan meletakkan calon yang dipilih dari peringkat bawah dan direstui oleh Majlis Syura Ulama.

"Kita berupaya mengemukakan calon yang terbaik daripada golongan ulama, profesional dan teknokrat yang mana kombinasi daripada tiga golongan ini akan memberikan kekuatan untuk memerintah negara," katanya.


Hamdan menjelaskan bahawa, setiap undian dan sokongan kepada PAS dapat pahala.


"Menyokong perjuangan Islam dan mengangkat pemimpin yang memperjuangkan agama, sekali gus akan mengangkat martabat Islam untuk mempimpin masyarakat.


"Insya Allah kita akan diberikan kejayaan oleh Allah SWT," tambah beliau.

Ulasan