Pertahan Kemenangan, Rampas Kerusi BN


KUALA TERENGGANU - PAS terus yakin dan berusaha mempertahankan kemenangan kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU14 dan merampas kerusi  Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 ini.

Pesuruhjaya PAS Terengganu,  YB Senator Dato' Ustaz Hussain Awang berkata, PAS bukan bergerak solo sebagaimana PRU yang terdahulu. 

"Pada hari ini kita tidak keseorangan, bukan sendirian, kita tak solo, kita bersama rakan kita BERSATU membentuk satu pakatan yang dinamakan Perikatan Nasional (PN) yang sudah tentu menambahkan lagi kekuatan.

"Marilah kita memikul tugas dan fahami serta sedari bahawa tanggungjawab  samada peringkat negeri, kawasan, parlimen, Unit Daerah Mengundi (UDM) dan cawangan semuanya itu amanah Allah. 


"Semua itu dikira dosa dan pahala bukan sahaja nilai moral di dunia tapi nilai dosa disisi Allah sebagaimana kita yakin PRU dahulu bahawa kita mempunyai  keupayaan untuk memenangi segala kerusi yang kita tandingi," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Majlis Pengistiharan Calon PAS Terengganu  di Dewan MasjidRusila, Marang, pada malam ini.

Justeru itu, beliau menyeru seluruh anggota dan penyokong bersedia dengan tugas dan tanggungjawab serta sanggup berkorban apa jua demi Islam.

"Jalankan dan laksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut kemampuan yang paling maksima yang ada pada kita semua.

"Oleh itu, marilah kita terus mencipta kecemerlangan sekali lagi untuk kali kedua  dalam PRU akan datang," tambah beliau lagi.

Ulasan