RM6,395,000.00 Juta Pembangunan Infrastruktur Parlimen KT

 


KUALA TERENGGANU – Sebanyak RM6,395,000.00 juta dibelanjakan Parlimen Kuala Terengganu untuk tujuan pembangunan Infrastruktur asas di kawasan tersebut.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, peruntukan tersebut termasuk pembaikian longkang, jalan, surau dan masjid.

“Perbelanjaan peruntukan Parlimen Kuala Terengganu bagi tahun 2020  untuk pembangunan infrastruktur iaitu longkang RM240,000.00, jalan RM1,020,000.00, lain-lain  RM1,205,000.00 dan rumah ibadat 1,000,000.00.

“Pembangunan untuk tahun 2021 pula longkang RM655,000.00, jalan 540,000.00 dan lain-Lain RM270,000.00,” jelasnya.

Beliau yang juga Mantan Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, pada tahun 2022, peruntukan membaiki dan membaik pulih longkang sebanyak RM655,000.00, jalan RM540,000.00  dan lain-Lain RM270,000.00.

Selain itu, parlimen Kuala Terengganu juga memperuntukkan kebajikan untuk rakyat pada tahun 2020 sebanyak RM641,548.70.

“Manakala pada tahun 2021 RM1,709,700.00 dan pada tahun 2022 RM203,820.00,” tambah beliau lagi.

 

 

Ulasan