Sediakan Banyak Bantuan Untuk Bantu Rakyat

 

Oleh : Fatimah Din 

MARAN - Menyedari bahawa masih ramai rakyat yang susah, oleh itu Terengganu Sediakan Banyak bantuan untuk rakyatnya.

To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman, isteri kepada YAB Menteri Besar Terengganu merangkap ADUN Rhu Rendang mengatakan "kerajaan beri bantuan seboleh mungkin bantu rakyat yang hadapi kesusahan"

"Begitu juga dengan golongan ibu tunggal, pelajar yang menyambung pelajaran ke universiti yang dibantu oleh Yayasan Terengganu juga tidak dipinggirkan."


Selain itu, Toh' Puan Hajjah Zarani Othman, Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang berkata bahawa "di hospital wad kelas ketiga  tidak dikenakan bayaran juga turut menjadi tanda kecaknaan dan keprihatinan rakyat negeri Terengganu."

"Selain cukai pintu yang telah pun dihapuskan semasa pemerintahan PAS di Terengganu sewaktu memerintah bermula tahun 1999 dan  bermula 2018 sehingga kini." Jelasnya kepada santai petang bersama para muslimat di sebuah Restoren dalam Parlimen Marang 

Hakikatnya , kerajaan negeri tanggung segala kos dan bayar kepada kerajaan pusat bagi meringankan bebanan rakyat. Jelasnya

Ulasan