Tiga Fokus Utama Calon PN Kuala Terengganu


MARANG : Tiga fokus utama calon Parlimen KualaTerengganu,  Datuk Ahmad Amzad Hashim termasuk pendidikan,  infrastruktur dan kemiskinan bandar jika Perikatan Nasional (PN) menang Pilihanraya Umum Ke 15 (PRU15) nanti. 

Katanya, membantu memperkasa pendidikan sedang dilaksanakan sekarang termasuk memperkenalkan teknologi bagi tujuan tersebut di kalangan pelajar sekolah. 

Kedua tambahnya,  beliau akan terus berusaha mengatasi masalah longkang dan pendalamab muara sungai yang agak serius di Kuala Terengganu. 

"Di peringkat Persekutuan,  saya telah usahakan pendalaman muara Sungai Ibai yang telah mendapat kelulusan dari kerajaan yang lalu, " jelasnya ketika ditemui selepas Majlis Pengisytiharan Calon Parlimen Perikatan Nasional  di Dewan Tok Guru Rusila di sini semalam. 

Seterusnya beliau  yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata,  perkara ketiga ialah mengatasi masalah kemiskinan bandar. 

"Ia merupakan satu isu yang turut diberi perhatian di mana populasi generasi 'Y' adalah populasi yang  tinggi memerlukan insentif yang besar untuk menyelesaikan masalah tersebut," jelasnya lagi. 



Ulasan