Tiga Perkara Dalam Pemerintahan PN



KUALA TERENGGANU – Perikatan Nasional (PN) menitikberatkan tiga perkara penting dalam membina sebuah kerajaan yang baik dan cemerlang. 

Calon Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Amzad Hashim berkata, pertama iaitu pimpinan yang baik mestilah perihatin terhadap masalah dan nasib rakyat.

Katanya, seorang pemimpin hendaklah mengutamakan rakyat dalam semua perkara dari segi nyawa, kesihatan dan sebagainya.

“Kerajaan juga telah membelanjakan jumlah yang besar dalam sejarah negara demi membantu rakyat bagi kelangsungan hidup mereka.

“Kedua, kerajaan yang bersih sangat penting dalam sesebuah organisasi dan ianya telah dibuktikan oleh kerajaan Parti Islam Semalaysia (PAS),” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ceramah di Markaz PAS Jalan Banggol semalam.

Tambah Amzad, sebanyak kosong kes rasuah melibatkan pimpinan PAS.

Beliau berkata, seandainya kerajaan itu mengamalkan rasuah maka akan menyebabkan belanjawan negara tidak mencukupi, wang diselewengkan dan projek yang dibuat juga akan gagal.

“Ciri yang terakhir adalah kestabilan iaitu sebuah kerajaan yang boleh berfungsi dengan tenang dan baik.

“Sepertimana imej yang dibawa oleh pengerusi Perikatan Nasional, Muhyidin Yassin iaitu tenang dalam pemerintahan.

"Justeru menyebabkan tidak berlaku sebarang pergaduhan serta keharmonian sepanjang mentadbir negara,” katanya.

Ulasan