Undi PN Untuk Malaysia Prihatin, Bersih Dan Stabil

 

DUNGUN - Rakyat diseru untuk memberi undi mereka kepada Perikatan Nasional untuk cita-cita mempunyai negara Malaysia yang prihatin, bersih dan stabil berjaya direalisasikan. 

Penyandang kerusi Parlimen Dungun,  Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menjelaskan negara sekarang tidak stabil dan kerajaan yang membubarkan Parlimen baru - baru ini adalah tidak stabil. 

"Pasal apa  minyak masak tidak ada, telur tak ada, kadang ayam terputus bekalan.. 

kerana kerajaan tidak stabil, kalau kerajaan stabil, polis, tentera semua duduk bawah dia,  ni kerajaan tak stabil, 

" Kerajaan yang stabil mesti mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen, di majoriti di Parlimen Malaysia memerlukan 112 orang," ujarnya. 

Yang Dipertua PAS Dungun itu berkata demikian ketika berucap di Majlis Sumbangan Mustad'afin di Bukit Chatak di sini semalam. 

Menurut Ustaz Wan Hassan, rakyat telah  merasai  pemerintahan tiga kerajaan, Barisan Nasional(BN) selama 60 tahun, Pakatan Harapan(PH) 22 tahun dan kerajaan yang bubar Parlimen, bukanlah kerajaan yang menang pilihan raya.

" Jadi saya harap kerajaan yang naik selepas PRU15 nanti adalah kerajaan yang berdiri atas kaki sendiri kerana pilihan raya, jadi pilihlah Perikatan Nasional.

" Sebab apa perlunya kerajaan yang kukuh dan kuat supaya dia boleh mengawal," jelasnya. 

Tambahnya lagi, pengalaman menjadi Ahli Parlimen kerajaan banyak masalah rakyat dapat diselesaikan. 

"Sewaktu menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera(SPAN) banyak masalah kumbahan di sekolah - sekolah seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang(SMKAKA), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin(PSMZA) berjaya diselesaikan dengan peruntukan yang ada, 

"Ustaz juga dilantik menjadi Pengerusi Pengerusi Kilang Papan PESAKA, sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Terengganu, sebelum ni, sentiasa mengalami kerugian, 

" Alhamdulillah, kita tadbir, kita bincang macam mana nak buat, tahun ini mendapat sedikit keuntungan, insya-Allah tahun depan akan bertambah keuntungan, Alhamdulillah ada sedikit cahaya di hujung terowong," katanya. 

Menurutnya, jika sesuatu syarikat mendapat keuntungan maka pekerja akan mendapat bonus yang lebih baik. 

" Bila sesi persekolahan bermula, pekerja dapat bonus , bolehlah berbelanja untuk keperluan persekolahan anak dan macam - macam lagilah, " katanya.

Ulasan