Warga Felda Belara Sudah Berubah


KUALA NERUS - Warga Felda Belara dahulunya kubu Barisan Nasional (BN) kini sudah berubah menerima dan memilih parti Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke -15 kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Datuk Dr Alias Razak berkata, mereka cenderung untuk memilih kerajaan sedia di bawah pemerintahan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri  Dr Samsuri Mokhtar.

"Walau penduduk kampung tidak ramai bukanlah menjadi alasan untuk tidak ambil peduli dan tiada usaha kemajuan yang dirancang di kawasan tersebut.

"Saya tetap bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka," jelasnya.


Beliau yang juga calon Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian ditemui pihak media selepas program di sini, pada semalam.

Menurutnya, Felda Belara digelar Hulu Nerus kerana dikatakan satu kawasan yang jauh dari pusat bandar dan didiami oleh sebahagian kecil masyarakat kampung berbeza dengan kawasan lain dalam Parlimen ini.

"Tumbangkan kerajaan barisan Nasional," tegas beliau.

Menurutnya, kehadirannya di sambut baik oleh masyarakat di sana serta disajikan dengan pelbagai menu kampung.

Alias menambah, beliau turut menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada penduduk kampung di sekitar tersebut.

Datuk Dr Alias yang dicalonkan sebagai calon Ahli Parlimen Kuala Nerus P035 , telah menjadikan aktiviti ziarah rakyat bermula beliau dilantik sebagai ADUN Bukit Tunggal dan telah menjadikan aktiviti ziarah sebagai satu aktiviti mingguan.

Ulasan