Bantuan Akan Dihantar Segera


KUALA TERENGGANU - Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kebajikan mangsa banjir akan sentiasa menjadi keutamaan. 

Beliau yang melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Seberang Tayor, Tebak dan Kemasik berharap agar semua warga Terengganu sabar menerima dugaan Allah 

"Saya mengharapkan mereka sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Insya-Allah kami akan terus menghantar bantuan segera kepada rakyat yang terkesan.

" Terima kasih diucapkan kepada pihak keselamatan yang menjalankan tugas menyelamat dan memindahkan mangsa banjir ke tempat yang selamat." ujar beliau dalam laman sosialnya semalam. 


Beliau ditemani Ahli Parlimen Kemaman, YB Che Alias Hamid, Pengerusi Khidmat Malaysia Terengganu merangkap Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Chukai, YB Haji Hanafiah Mat dan ADUN Air Putih, YB Cikgu Abdul Razak Ibrahim.

Katanya, sebaik sahaja Sidang Dewan Rakyat tamat, beliau terus bergerak ke Kemaman dan Dungun untuk melawat mangsa banjir. 

"Setakat jam 4 petang, keadaan banjir di Dungun menunjukkan peningkatan mangsa banjir berjumlah 2,913 orang yang melibatkan 831 keluarga. Di Kemaman, seramai 2,597 keluarga telah dipindahkan ke PPS dengan jumlah 10,042 orang.

"Marilah kita berdoa agar dijauhkan dan diselamatkan diri dan keluarga daripada bencana ini." tegas beliau. 

Ulasan