Bukan RM600b Tapi Guna Dana Awam Hanya RM92.5b


 Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan atas dakwaan penyelewengan RM600 bilion oleh kerajaan terdahulu, tetapi hanya tertumpu kepada RM92.5 bilion.

Badan anti rasuah itu berkata, ia kerana hanya jumlah itu melibatkan dana awam daripada RM530 bilion yang dibelanjakan oleh kerajaan pada 2020 dan 2021

Dalam satu kenyataan pada Jumaat (9 Dis), SPRM berkata Kementerian Kewangan telah memberikan butiran terperinci mengenai pecahan dana di bawah pakej rangsangan ekonomi pada 2020 dan 2021 untuk pengurusan Covid-19.

 “Siasatan awal mendapati anggaran RM530 bilion diperuntukkan.

“Berdasarkan jumlah itu, RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan dana kerajaan.

"Oleh itu, tumpuan siasatan SPRM adalah kepada RM92.5 bilion," katanya.

Kenyataan itu menambah bahawa Kementerian Kewangan sedang memperincikan pecahan itu dan akan menyerahkannya kepada SPRM minggu depan.

Pada Selasa (6 Dis), dilaporkan SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana RM600 bilion oleh kerajaan terdahulu.

Kenyataan itu ‘melondehkan’ dakwaan Pakatan Harapan melalui Biro Mobilisasi AMANAH, Sany Hamzan yang kononnya akan membawa bukti termasuk dokumen berkaitan dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion tersebut.

Sekali lagi, Sani membodohkan dirinya sendiri yang berkata, pihaknya sedang mengumpul pelbagai bukti pelanggaran serius prosedur itu dan akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini saya masih belum dipanggil oleh SPRM selepas membuat laporan polis pada 30 November lalu. Saya bersedia bekerjasama sepenuhnya dengan pelbagai pihak berkuasa apabila dipanggil.

"Saya juga akan hadir dengan bukti yang menunjukkan pelanggaran serius itu berlaku," katanya kepada BH pada 7hb Disember lalu.

Pemimpin Paerikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak gentar untuk disiasat berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika menjadi perdana menteri.           

Dalam isu yang sama, mantan Menteri Kewangan menegaskan, tiada sebarang perkara yang hendak disembunyikan berhubung dakwaan salah guna dana bernilai RM600 bilion oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ditadbir bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau bagaimanapun bersedia memberi kerjasama jika dipanggil pihak berkuasa.

Beliau mengesahkan sehingga kini belum mendapat panggilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Setakat ini tak ada panggilan daripada SPRM. Kalau dapat panggilan sudah tentu kita akan kerjasama.

“Apa yang penting, tak ada perkara yang kita nak sorok, jadi sudah tentu kita lebih dari bersedia (bagi kerjasama) jika dapat panggilan,” katanya kepada pemberita di Bandar Malaysia, Jalan Lapangan Terbang Lama Pangkalan Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini hari ini.

Kenyataan Zafrul itu juga menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu apa-apa, namun cuba membina ‘naratif’ jahat terhadap PN.

Beliau yang terkenal sebagai seorang yang pandai ‘merekayasa’ cerita berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Muhyiddin.

Ulasan