Gelombang Kedua; 14, 341 Orang Berpindah

Kampung Pulau Rusa , Kuala Terengganu dilimpahi air banjir

 KUALA TERENGGANU - Banjir gelombang kedua yang melanda negeri ini mencatatkan seramai 14, 341 orang telah dipindahkan kepada 200 Pusat Perindahan Sementara (PPS)  , sehingga jam 11.30 pagi ini

Daerah Hulu Terengganu paling terjejas kepada banjir gelombang kedua dengan jumlah penduduk yang berpindah seramai 5,051 orang sehingga jam 11 pagi, Isnin, menurut laman info bencana.

Besut daerah kedua yang mencatat sebanyak 1,221 keluarga berpindah, melibatkan 4, 422 orang warganya menginap sementara pada 69 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Badai Monsun Timur Laut kali kedua selepas yang bertama tamat pada minggu lalu, melibatkan hanya daerah Kemaman, Kuala Terengganu dan Setiu.

Semua daerah kecuali Marang yang tidak dilanda bah dalam tempoh gelombag kedua bermula 17hb sehingga 22hb Disember.

Ulasan